Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Rakyat Malaysia.

Firstly, aku nak ucapkan Tahniah kepada calon yang menang Pilihanraya semalam.

Dato Sri Ir. Nizar - Parlimen Bukit Gantang. (PAS)
YB. S. Manikumar - Dun Bukit Selambau. (PKR)

Kepada keduanya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat.

Tahniah juga aku nak ucapkan kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA diatas KEMENANGAN ini.

Wednesday, March 25, 2009

Kempen Tutup Lampu Sedunia 2009.



Pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini, secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Oleh itu suatu kempen telah dilancarkan untuk memberi kesedaran kepada umat manusia dimuka bumi ini.

Kempen ini bermula pada tahun 2007 di Kotaraya Sydney dan telah mendapat sokongan yang baik dari individu dan syarikat. Pada tahun 2008, kempen ini bukan saja telah dilaksanakan di Sydney malah merangkumi sejumlah 35 buah negara. Bagi tahun 2009 pula, diharapkan sebanyak 1 bilion umat manusia dari lebih 1000 buah kotaraya akan bersama-sama untuk menjayakan kempen ini.

Apa yang perlu kita dilakukan hanyalah menutup semua punca-punca elektrik yang tidak digunakan kecuali yang perlu sahaja selama 1 jam bermula jam 8.30 malam pada 28 Mac 2009 (Sabtu) ini.

Jangan lupa juga war-warkan kempen ini kepada sahabat, keluarga, jiran tetangga dan semua dikeliling kita bagi menjayakan kempen yang amat bermakna ini. Mungkin sedikit pengorbanan kita tetapi ianya memberi sejuta makna dan impak kepada BUMI kita.

Tuesday, March 24, 2009

Agenda hujung minggu ini.

Ada 2 agenda menarik yang bakal berlangsung pada hujung minggu ni. Oleh itu kepada yang berkesempatan dan berminat silalah berkunjung ke tempat-tempat tersebut.

1. DCIM Show 2009.
Tarikh : 27 - 29 march 2009.
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
http://www.dcimshow.com/

2. Hari Penamaan Calon Bagi Parlimen Bukit Gantang (Perak), DUN Bukit Selambau (Kedah) & DUN Batang Ai (Sarawak).
Tarikh : 29 March 2009 (Ahad).


Jangan lupa bawa apa-apa yang patut.. hehehehe..

Monday, March 23, 2009

Hujung Minggu di Putrajaya.

Semalam saya sempat ke Putrajaya untuk melihat Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2009. Walaupun cuaca agak panas terik, tetapi pengunjung begitu ramai sekali yang datang.

Tidak banyak aktiviti yang dijalankan. Mungkin ini adalah tahun percubaan, dan saya berharap agar tahun depan pihak penganjur dapat menyediakan lebih banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa.

Namun begitu rata-rata pengunjung berpuas hati dengan penganjuran, lokasi dan susun atur aktiviti walaupun ada sedikit kelewatan berikutan keadaan cuaca yang tidak membenarkan.

Berikut adalah sedikit gambar yang sempat saya rakamkan.

















Saturday, March 21, 2009

Flora Oh Flora... Ciptaan Yang Maha Esa.

Balung Ayam.


Pokok Kari.
Orkid.



Bunga 3 Bulan.



Bunga Rose.


Gambar ini diambil di perkarangan rumah PancaSutra di waktu malam, selepas hujan. :D

Friday, March 20, 2009

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2009

Bagi yang tak kemana-mana pada hujung minggu nie, bolehlah berkunjung ke Putrajaya bagi menyaksikan acara yang julung-julung kali diadakan.

Tarikh : 19 - 22 March 2009.
Waktu : 08:00 AM - 07:00 PM
Tempat : Kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya .

Ambillah peluang sempena cuti sekolah ini untuk membawa keluarga menikmati keseronokan ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dan masuk adalah PERCUMA.

Tuesday, March 17, 2009

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.

Berlangsung pada 13 - 16 March 2009 di Pusat Latihan Kelana Zonice, Kepong.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa dan teruskan usaha sehingga mencapai apa yang diazamkan.

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.
Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.
Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur SMTKL

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.

Sekolah Menengah Aminuddin baki SABPerkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.

Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja WPKL Sesi 2009.