Wednesday, March 25, 2009

Kempen Tutup Lampu Sedunia 2009.



Pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini, secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Oleh itu suatu kempen telah dilancarkan untuk memberi kesedaran kepada umat manusia dimuka bumi ini.

Kempen ini bermula pada tahun 2007 di Kotaraya Sydney dan telah mendapat sokongan yang baik dari individu dan syarikat. Pada tahun 2008, kempen ini bukan saja telah dilaksanakan di Sydney malah merangkumi sejumlah 35 buah negara. Bagi tahun 2009 pula, diharapkan sebanyak 1 bilion umat manusia dari lebih 1000 buah kotaraya akan bersama-sama untuk menjayakan kempen ini.

Apa yang perlu kita dilakukan hanyalah menutup semua punca-punca elektrik yang tidak digunakan kecuali yang perlu sahaja selama 1 jam bermula jam 8.30 malam pada 28 Mac 2009 (Sabtu) ini.

Jangan lupa juga war-warkan kempen ini kepada sahabat, keluarga, jiran tetangga dan semua dikeliling kita bagi menjayakan kempen yang amat bermakna ini. Mungkin sedikit pengorbanan kita tetapi ianya memberi sejuta makna dan impak kepada BUMI kita.

No comments:

Post a Comment